Sunday, January 4, 2015

Rahsia Untuk Menyekat Mesej CELCOM Yang Tolak Kredit Kita Tanpa Disedari

Assalamualaikum sdra dan sdri yang dihormati,
Saya telah mamasukkan isian kredit (Reload) bernilai RM 10.00 ke dalam telefon bimbit saya beberapa hari yang lepas.  Pada hari ini, saya menyemak berapa lagi nilai kredit saya yang tinggal.  Saya terkejut untuk mendapati bahawa nilai kredit dalam telefon saya itu tinggal RM 4.66 lagi.  Saya fikir ini berlaku disebabkan oleh adanya mesej yang saya tak langgan tetapi dihantar oleh syarikat telekomunikasi yang berkenaan ke telefon saya dan memotong nilai kredit telefon saya secara automatik.  Saya pun meneliti mesej-mesej yang dalam peti mesej saya, dan saya terjumpa dengan mesej berikut:

RM 0.00:  Your subcriptn to UP has been renewed.  No subscriptn fee. Price :  RM2.50/SMS. 7 SMS/week.  Next renewal 22/01/2015. To cancel send  STOP UP to 39893.

Setelah membaca mesej itu saya pun mengikut arahan dalam mesej itu.  Maka keluarlah mesej berikut:

Services from this shortcode are stopped on your request. To activate type  ON<space><short Code> and send the SMS to 11911.

Saya tak berpuas hati dan khuatir nanti syarikat telekomunikasi berkenaan akan curi lagi kredit telefon saya.  Di sebabkan itu saya google di internet dengan menaip Celcom 39893. Hasilnya keluarlah beberapa  hasil caian berikut:



Berdasarkan hasil carian itu, saya pun membuka yang berikut:


  1. Rahsia untuk blok mesej CELCOM yang tolak kredit kita ...

    8vertising.blogspot.com/.../rahsia-untuk-blok-mesej-c...

    Translate this page
    Setelah 12 tahun setia dengan Celcom Prepaid akhirnya aku beralih ke Onexox Prepaid. ... Sebenarnya telco Celcom ini sudah jadi sebahagian dari hidup .
  2. Artikel yang berkaitan untuk mengatasi masalah yang berikut diterangkan dalam blog 8vertising.blogspot.com seperti yang berikut:

  3. Rahsia untuk blok mesej CELCOM yang tolak kredit kita tanpa disedari
    Admin hendak berkongsi cara nak selamatkan credit/bill dari ditelan Telco yang sekarang semakin menjadi jadi.Tak cukup dengan hidden charge oleh pihak Telco, sekarang ni ada saja cara pihak Telco yang nak sedut duit pelanggan tanpa disedari.

    Admin sudah buat pemerhatian sendiri sejak-sejak ni apabila kes ibu mertua sendiri jadi mangsa Telco  yang akhirnya terpaksa mengalah dengan membeli simkad baru. Selepas itu pula isteri admin pula menjadi mangsa apabila topup kreditnya menyusut tanpa disedari. Yang pasti sebaik sahaja kredit handphone diisi topup maka ada sahaja masej dari telco masuk walaupun kita tidak pernah melanggannya sebelum ini.Sebagai contoh bila dapat mesej dari nombor pendek contohnya : 33317 credit prepaid akan hilang
    mesej ni akan sampai seminggu sekali, dan jelas memang credit akan hilang RM2.50.

    Sudah menjadi kebiasaan apabila ada masalah kita akan telefon Service Centre Telco dan macam kebiasaanya operator akan sambut panggilan kita dengan penuh berkhemah dan memberi penyelesaian umum namun masalah ini hanya bertahan sebulan dua sahaja. masalah kehilangan kredit masih berlaku.

    Majoriti kes macam ni berlaku di celcom + ada cara selesaikannya...
    Kalau ada pengguna telco lain yang "terkena" dan ada cara nak selesaikan,
    Tolong lah share untuk kebaikan bersama...

    Awas dengan nombor shortcode di bawah ni kerana kredit akan ditolak kalau masuk dalam inbox :
    - 33193
    - 39339, 32263, 39611
    - 39886, 32626
    - 33220, 39611
    - 37773
    - 39893

    Admin telah mendapat info dari carian google untuk blok semua mesej yang telan kredit kita dengan hanya menaip mesej:

    STOP ALL dan hantar ke 11911

    Selamat mencuba.


Setelah membaca artikel ini, saya pun mencubalah cara yang diterangkan itu.  Hasilnya keluarlah mesej berikut:

Your request is SUCCESS. To activate type  ON<space><Short Code> and send the SMS to 11911.

SEMOGA MAKLUMAT INI BERGUNA KEPADA ANDA SEKALIAN.  JUMPA LAGI!

3 comments:

  1. post ni tahun 2015, sekarang saya cuba pada tahun 2016 dan hasilnya masih tiada sebarang reply dari 11911. berapa lama 11911 akan reply msg kita?

    ReplyDelete
  2. post ni tahun 2015, sekarang saya cuba pada tahun 2016 dan hasilnya masih tiada sebarang reply dari 11911. berapa lama 11911 akan reply msg kita?

    ReplyDelete